Lantikan Setiausaha politik Nor Hizwan bin Ahmad

Nor Hizwan Ahmad pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia sebanyak dua kali pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga 24 Februari 2020 dan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) dari 22 Mei 2020 hingga 16 Ogos 2021[16][17][18].

Namun pada 16 Ogos 2021, Politik Malaysia kembali bergolak apabila ahli Parlimen dari UMNO menarik kembali sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional, ekoran daripada itu Kerajaan Perikatan Nasional akhirnya tumbang diperingkat persekutuan. Dimana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lapan[19].

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan Jawatan , Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan. Pada pemerintahan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Nor Hizwan Ahmad telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia[20]. Beliau menjawat Jawatan berikut dari 27 September 2021 hingga 1 November 2021.

Rujukan

WikiPedia: Nor Hizwan bin Ahmad http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap... https://www.astroawani.com/berita-politik/larry-sn... https://www.bernama.com/en/news.php?id=2104619 https://arrisalah-elbi.blogspot.com/2013/11/penyel... https://dialograkyat.blogspot.com/2012/10/jelajah-... https://dialograkyat.blogspot.com/2014/09/senarai-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://malaysiagazette.com/2021/12/21/bekas-setia...